Friday, March 16, 2012

Lagi pasal Teh Hijau (Green Tea)...

KEBAIKAN TEH HIJAU (GREEN TEA)
 
 
Sejarah masyarakat Cina mengatakan bahawa Teh Hijau (Camellia Sinensis) mula digunakan sebagai minuman sejak 2700 tahun sebelum Masehi pada zaman dinasti Kaisar Shen Nung, namun tercatat dalam kamus kuno pula pada 350 tahun sebelum Masehi. Sekitar 200 tahun sebelum Masehi dalam buku ubatan tanaman Cina dikatakan daun teh berkhasiat untuk menghilangkan racun dari tubuh. Selain itu, Teh Hijau juga mempunyai kebaikan seperti di bawah ni.. :)

• Melindungi hati.
• Membantu awet muda.
• Menguatkan sistem imun.
• Mengawal paras kolestrol.
• Mengelakkan mulut berbau.
• Membantu cergaskan badan.
• Menggalakkan pembakaran lemak.
• Melindungi kulit dari sinar ultraviolet.
• Membantu daya ingatan dan tumpuan.
• Melindungi paru-paru akibat tembakau.
• Membantu mengawal tekanan darah tinggi.
• Membantu dalam sesetengah penyakit barah.
• Membantu mengurangkan paras gula dalam darah.
• Membantu proses pemulihan kecederaan dan penyakit.
• Mengandungi antioksidan yang boleh meneutralkan radikal bebas.
 
sumber: http://sweetamberz.blogspot.com 

Sharing is Carring - Kebaikan Teh Hijau

teh hijau memang sedap di minum...

Teh hijau telah menjadi minuman popular sejak kebelakangan ini disebabkan oleh liputan media tentang manfaat kesihatannya. Orang-orang China telah minum teh hijau selama beratus-ratus tahun kerana kemampuannya mengubati sakit kepala dan membantu mencegah kanser. Banyak kajian yang dihasilkan baru-baru ini juga telah menjumpai banyak manafaat herba ini dari segi kesihatan. Berikut adalah beberapa manfaat yang boleh anda perolehi dari amalan meminum teh hijau.


MENURUNKAN KOLESTEROL (suka dengan yang ini... ;p)

Jika anda menghadapi masalah kolesterol tinggi, minum teh hijau boleh membantu mengurangkan risiko serangan jantung.  Kajian mendapati bahan catechin dalam teh hijau dapat mengelak pembekuan darah dalam pembuluh darah. Selain itu, teh hijau telah didapati untuk berupaya mengurangkan tahap LDL yang merupakan kolesterol tidak baik dalam darah. Ia sekali gus mengawal nisbah kolesterol tidak baik kepada kolesterol baik pada peringkat yang optimum.

MENURUNKAN BERAT BADAN (sangat suka dengan yang ini....;p)

Teh ini akan membantu proses thermogensis - proses yang mengawal kadar pembakaran kalori di dalam tubuh kita. Polifenol dalam teh hijau didapati mengoksidakan lemak. Tabiat meminum teh hijau dapat meningkatkan tahap metabolisme dan ini akan menghasilkan penurunan berat badan yang lebih cepat. Teh adalah minuman berkalori rendah jika dibandingkan dengan minuman yang biasa kita minum semasa sarapan. Berbanding meminum kopi, meminum teh akan merendahkan pengambilan kalori harian anda.

GIGI YANG SIHAT

Fluorida adalah baik untuk gigi dan teh hijau didapati mempunyai kandungan fluorida yang banyak. Fluorida membunuh bakteria di dalam mulut yang menyebabkan plak dan akan membantu menjaga kesihatan gigi secara umum. Meminum kopi  akan meninggalkan warna kuning pada gigi; di sebaliknya, meminum teh hijau memperbaiki keadaan gigi anda.

PENCEGAHAN KANSER

Aktiviti radikal bebas adalah salah satu penyebab kanser. Dengan meminum teh hijau dapat memberikan manfaat antioksida kepada tubuh kita. Radikal bebas adalah penyebab kanser sebagaimana disebutkan dalam proses penuaan tubuh. Polifenol dalam teh hijau akan memburu radikal bebas dan mencegah pembentukan oksigen tidak stabil yang disebabkan oleh radikal bebas; radikal bebas boleh merosakkan sel-sel sihat dan seterusnya menyebabkan penyakit kanser, serangan jantung bahkan stroke. Meminum teh hijau akan mencegah pembentukan sel-sel abnormal di dalam tubuh kita.

KESIMPULAN

Teh mempunyai banyak manfaat sebagaimana disebutkan di atas seperti mengurangkan kanser, serangan jantung dan tahap kolesterol LDL yang tinggi yang merupakan pembunuh manusia di zaman moden ini. Maka, minumlah beberapa cawan teh hijau sehari bagi mengurangkan risiko anda.

p/s: teh hijau ini juga sangat baik untuk individu yang memiliki darah jenis "O"...lagi pun memang tak rugi minum teh ni....sedap juga rasanya...