Sunday, January 9, 2011

***Doa Berkasih Sesama Umat Islam***


“Wahai tuhan kami! Ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan keimanan dan janganlah engkau adakan dalam hati kami iri hati atau permusuhan terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat Penyantun lagi Penyayang” [Surah Al-Hasyr, ayat 10].



Pengajaran Doa:

Doa ini sebenarnya diucapkan oleh orang-orang Islam di Kota Madinah ketika menerima penghijrahan orang-orang islam dari Kota Mekah. Akan tetapi lafaz dan maksud doa berbentuk umum. Ianya boleh diamalkan oleh umat islam sepanjang zaman.
     Pertama, kita memohon agar Allah mengampunkan dosa-dosa kita. Tidak sekadar itu, kita juga memohon Allah mengampunkan dosa-dosa sesama umat islam, sama ada yang kita kenali atau tidak, mahu pun dekat atau jauh.
        Kemudian, kita memohon kepada Allah agar jangan ada walaupun sekelumit dalam hati kita perasaan iri hati, dengki, membenci, bermusuhan atau apa-apa sikap buruk yang lain terhadap sesama umat islam. Ini penting kerana tidaklah umat islam saling bercakaran dan berpecah melainkan wujudnya sifat buruk di dalam hati mereka terhadap sesama umat islam. 
        Apabila kita mendoakan keampunan kepada sesama umat islam dan hati yang bersih terhadap mereka, secara tidak langsung kita akan menyemai benih kasih sayang, saling menghormati dan persatuan dalam diri kita sesama umat manusia. Doa yang penting ini amat baik jika dapat di baca secara kerap, seperti setiap hari selepas solat fardhu.

No comments: