Wednesday, December 14, 2011

~~DEBARAN BAGI SUATU PENANTIAN~~


"menanti dan terus menanti sehingga temui jawapan yang pasti suatu hari nanti...."

Wednesday, May 18, 2011

~KaSiHNYa AllAH PaDa WaNiTa~


"wanita hiasan dunia....seindah hiasan adalah wanita solehah...yang akan membahagiakan syurga dalam rumah tangga...."

Bismillahirrahmanirrahim....

"Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyaknya". "Kasihnya Tuhan kepada wanita!" Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan 'layanan' istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.

Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.
Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan akhirat.

Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan oleh Tuhan kepada wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.

i) Gelaran bagi `isteri' di dalam Al Quran
Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa- bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah `husband' manakala perkataan untuk isteri ialah `wife'. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah `mari' manakala perkataan `femme' untuk isteri.
Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza `zaujuh' dan `zaujati'. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu `zaujuh' yang bermakna `pasangan'. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya. Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.
Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut 'imraah', kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya.

ii) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita
Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:

a. "Syurga di bawah telapak kaki ibu." Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak kaki" dan bukan "di dalam tangan" atau "di sisi" seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng'hamba'kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.

b. "Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku."

c. "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina."(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)

d. "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."


e. "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang
(isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang ia suka."(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.

iii) Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama yang Mulia
Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang'. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi- Nya. Sudah tentu Tuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan.
Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.

iv) Diberi Pahala yang Berterusan
Wanita disebut `kurang dari sudut agama', tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.
Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Tuhan sediakan untuknya.

Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran- ganjaran yang Tuhan berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya.



p/s : renung-renungkan dan selamat menuju ke landasan yang diredhai Ilahi...~LoVe PeaCe~

Wednesday, April 13, 2011

Pahit Manis Masam Masin Kehidupan.

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

Kebosanan membuat assgment menyebabkan otak aku ni rasa tertekan dan menyebabkan tangan aku rasa gatal untuk menaip perkara yang xde kaitan langsung dengan assignment ni...tapi ape salahnya..sekadar untuk menghilangkan tekanan coz asyik mengadap assigment..tu pon x siap-siap juga..hohoho



Meh kita cite sikit pasal kehidupan...jeng..jeng..jeng...

Kehidupan merupakan sesuatu yang indah yang berlaku dalam setiap diri manusia...sesiapa yang merasai hidup mesti akan merasai pahit manisnyanya kehidupan...dan inilah yang di namakan "REMPAH RATUS KEHIDUPAN". 

Dalam dunia ini, kita pasti akan bertemu dengan kepebagaian dari setiap aspek. Tidak kiralah sama ada aspek luaran mahupun dalam...dan sepanjang hidup kita, kita pasti akan bertemu dengan kepelbagaian sifat dan personaliti manusia. Apabila kita pergi ke sesuatu tempat, kita pasti akan berhadapan dengan perangai manusia yang pelbagai. mungkin ada yang bajet bagus...bajet alim..yang sopan santun..yang suke cakap lepas..bak kate orang mulut xde insurans..dan tidak kurang juga yang sentiasa bajet canti tak kira di mana-mana. Memang pelik ragam dan perangai manusia ni...tapi inilah yang kita namakan sebagai "PERSONALITI" dan apa yang penting kita juga akan dapati bahawa setiap manusia itu adalah "UNIK". 

Setiap individu memang tidak akan sama dengan individu lain walaupun mereka amerupakan kembar seiras yang di lahirkan dari perut yang sama. Apatah lagi kita sebagai manusia yang biasa, kembar pon tak de...lahir dari perut yang berasingan. Memang sukar untuk kita menerima perangai dan sikap seseorang individu..tetapi walaubagaimanapun, kita perlu juga mengadaptasikan tingkah laku dan perangai individu lain walaupun ianya sukar untuk di terima pada permulaannya..tetapi lama kelamaan kita pasti dapat menyesuaikan diri dengan individu lain yang berpersonaliti berbeza dengan kita...tapi kalau kita da cuba untk mengadaptasi tapi masih lagi tak berjaya..so better kita biarkan saja individu tersebut dengan sikap dan tingkah lakunya. 

Ini kerana setiap daripada tingkah laku dan personaliti yang terhasil adalah dipengaruhi oleh latar belakang keluarga individu tersebut, persekitaran, genetik dan budaya individu itu sendiri. Kita juga tidak seharusnya menyalahkan individu tersebut kerana tingkah laku dan personalitinya. Tetapi..seharusnya individu yang "berpersonaliti unik ini perlu menilai diri agar dirinya dapat di terima oleh orang lain. Walaupun persekitaran mereka yang menjadikan mereka sedemikian, mereka juga harus berusaha untuk mengubah personaliti tersebut kearah yang lebih positif dan tidak terlalu mengikut kepala mereka sahaja. Individu seperti ini seharusnya belajar untuk menerima teguran dan belajar untuk menyesuaian personaliti dan atingkah laku mereka dengan persekitaran agar orang yang berada di sekitar mere akan rasa lebih selesa apabila melakukan aktiviti bersama-sama. 

Akhir kata, kita perlu ingat dan sedar bahawa setiap individu di muka bumi ini mempunyai tingkah laku dan personaliti yang berbeza-beza...dan dengan adanya tingkah laku dan personaliti yang berbeza ini lah yang menjadikan setiap manusia di muka bumi ini "UNIK" . Seperti ayat lecture sy dlu.."MANUSIA ITU UNIK" dan ke"unikan itulah yang akan menceriakan kehidupan kita. 


P/S: Renung-renungkan & selamat menilai diri sendiri....n jangan asyik menilai orang lain...dan apabila kita menuding jari kearah orang lain..sedarlah bahawa 3 jari lagi menuding ke arah kita...(opssss..ade kene mengene ker???) hohoho

** jika ada kesalahan ejaan sila buat2 xtau jek..hoho..



~ Sharing Is Carring~ Peace No War~

Saturday, April 9, 2011

~SuRaT DaRi AnAK MaK yAnG X NaKAl~




Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari..... 
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi, 
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih.... 

Mak tau tak..... 
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa..... 
dan itu juga terakhir kali nya. 
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh..... 
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni..... 

mak macam dah sedia..... 
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai..... 
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.... 
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih..... 
kakak pun rasa hairan..... 
mak tak penah buat gitu..... 

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak..... 
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ...... 
kengkadang siaran indonesia ...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan... 

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2.... 
pastu mak jemur karpet-karpet. .. 
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong.. 
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan.. 

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak.. 
ada kat dalam almari..... 
ada kat dalam dalam beg..... 
ada dalam ASB..... 
ada kat dalam Tabung Haji.. 
mak cakap tak berapa cukup lagi.... 
ada kat dalam gulung tikar..... 

masa tu mak perasan takk..?? 
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa... 
mak cuma gelak jer... 
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu.. 

Mak..... 
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut..... 
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan. 
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk..... 
mak tetap takmau pi hospital.... . 
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk.. 
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... . 
tapi kiter berkeras juga pujukk.. 
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak.. 
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer.. 

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil.. 
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk.... 
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... .. 

Mak..... 
amponkan kami semua... 
kami nak mak sehat... 
kami sayang mak... 
kami tak mau mak sakit... 
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital.... 
ampon kan kami yer mak.... 

Mak..... 
Malam itu abang bawa mak ke hospital 
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter... 
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, 
kiter kata nak beli kereta.... 
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt.. 
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit... 
mak gelak ajerr..... 

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. .... 
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor..... 
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak..... 
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj..... 
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...? 
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga..... 

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau... 
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar... 
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter.... 
Mak..... 
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006 
Bila tiba aja kat hospital.... 
nurse tengah balut mak dengan kain putih..... 
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital... 
Mesti mak nampak abang cium dahi mak..... 
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak.... 
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu... 
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn 

Mak tau tak.... 
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar... 
Adik kat sebelah diam melayan perasann... 
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini... 
jalan di depan terasa makin kelam..... 
airmata dah tak mampu di tahan.... 
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela... 
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga... 
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini..... 
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ... 
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. .... 

Mak..... 
Kiter masih ingat lagi... 
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak... 
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ..... 
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi.... 
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak..... 
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan..... 
Mak perasan tak...? 

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter..... 
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu... 
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak.... 

Mak..... 
Sampai takat ini surat ni kiter tulis..... 
kiter nangis ni..... 
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi.... 
Takder orang yang bangun lagi..... 
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..! 



Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh, 
kiter baca yassin untuk mak... 
mak tunggu ya..!




sumber : I LUV ISLAM ~Sharing is Carring~ LOVE PeACE No WAr ~ (^_^)

MaKNa eJaaN NaMa aNDa


A - anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.

B - anda selalu berwaspada bila bertemu kenalan baru.

C - anda ada kelebihan, jangan malu mempamerkannya.

D - anda ada masalah dalam mempercayai orang lain.

E - anda sentiasa seorang yang exited (ghairah).

F - semua orang menyayangi anda.

G - anda ada cara sendiri untuk menilai manusia.

H - anda bukan seorang judgmental, kurang otak keadilan.

I - anda mudah senyum dan boleh membuat orang lain senyum.

J - anda seorang yang cemburu.

K - anda suka mencuba perkara-perkara baru.

L - anda sangat percaya dengan cinta dan mudah tenggelam ke dalamnya.

M - kejayaan mudah datang kepada anda.

N - anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan.

O - anda seorang yang berfikiran terbuka.

P - anda seorang yang mudah berkawan dan mudah memahami.

Q - anda seorang hipokrit.

R - anda seorang yang gemar social.

S - anda sangat broad-minded (fikiran terbuka).

T - anda ada sikap canggih, amat canggih.

U - anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dengan
orang lain.

V - fizikal anda baik sekali.

W - anda suka menyendiri.

X - anda tak akan benarkan orang bagitahu apa yang patut anda buat.

Y - anda selalu penyebab pada banyak masalah.

Z - anda selalu bergaduh dengan seseorang.



(tak wajib betul harus salah, sekadar suka-suka dan mungkin panduan
untuk mengenali diri sendiri dan juga orang lain. ikut pemerhatian
saya selalunya ada kena mengena dan betul. jika betul itu kebetulan,
jika salah itu juga kebetulan. yang betul dan ia baik rangsang
terus, yang salah dan ia tak baik gantikan dengan yang baik atau
hapus terus. 

sumber - dr. hm tuah iskandar al-haj) ~ Sharing Is Carring ~

Saturday, March 12, 2011

KEHIDUPAN = RODA???

assalamualaikum....

Lama betul raseya x update blog nih...semakin hari semakin bz plak rasenye...sampai xsempat nak tengok blog nih...banyak pekara yang berlaku..memang kehidupan yang baru..ape pun terima kasih Allah kerana beri peluang untuk aku rasai kehidupan ini...

nak cite cket pengalaman stdy kt Lipis nih..sape tax tau Lipis..sume org tau kan..mane taknye..mesti le tau..tempat lahir Ct Nurhaliza tu....stdy kt maktb ngn Un..len mmg beza...kat  maktab ni mmg bz giler r...siang malam bz jek...tapi tak pe r..bla lagi nk mem'bz'n drikan..hehe..k r, len update g lau ade mase...opss..rsenyenye tajuk entry kali ni cm tak kene jek ngn topik nih..xpe r..layan je ..huhuhu

Monday, January 17, 2011

penat dah nk tggu~~~huhuhu...

hye...assalamualaikum all...


huhuhu...ni bukan mengeluh au...cume pnt je nk tggu...mne taknye...dari pagi tdi tggu (dari bgn tdo tu)...smpi la ni pon xkua-kua lagi....uhuhuhu....ishk3...xbek mengeluh cik kak oii...ilek suda~~~hahaha...


mne tak nye...kata result kua kol 12pm..tp ni da kol 3.45...still xde kua pape lagi....ak tgk kt muka buku -muka buku tu...msg2 da sibuk mengeluh sebab lambat sgt result nk kuo...huhuhu....tp ak tggu jg...dlm tggu2 pon sempat jg ak layan blog aku ni...sempat gk r aku open bloger2 len....sempat juga lah ak tgk cara-cara nk pki shawl...huhuhu...ak ni xgheti nk gayekan shawl sebenarnye....tu yang sebok2 dok terjah blog org len....kate org, lau xgheti kne r rajin belajo...ye x??kui3...k la...pape pon..ak nk sambung cri info psl shawl ni...



P/S: MOOD: still waiting~~~~lalalala.....(buat2 x neves suda, walaupun jantung ni da rse cm nk cabut..huhu)...

Friday, January 14, 2011

~~Wanita Yang Kau Pilih~~

Love can be beautiful and awesome  if we can feel it with someone that we love...
Hati akan berasa tenang setenang air di kali pabila mendengar bait-bait lagu yang puitis ini, memahami bait-bait lirik lagu yang dapat memberikan rasa kebahagiaan ...hati akan rasa bahagia pabila diri sentiasa di sayangi oleh seorang insan yang bernama "kekasih".....



           Malam selalu panjang

Di waktu aku merindukanmu
Kau bisa menjaga aku.. 
Hingga diriku merasa teduh



Aku seperti kamu 
Menginginkan dan memerlukanmu
Kerana kita tak mampu
Untuk selalu pergi menjauh



Kau jadikan aku ini
Wanita yang kau pilih
Untuk jadi kekasih...mu
Dan kau pun telah aku minta 
Setia sepertiku
     Hingga waktunya tiba...

Aku percaya penuh 

Kau kan buatku bahagia
Karna cinta tercipta 
Datangnya dari dalam hatiku



Kau jadikan aku ini
Wanita yang kau pilih
Untuk jadi kekasih...mu
Dan kau pun telah aku minta 
Setia sepertiku
     Hingga waktunya tiba.... 



Sunday, January 9, 2011

***Doa Berkasih Sesama Umat Islam***


“Wahai tuhan kami! Ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan keimanan dan janganlah engkau adakan dalam hati kami iri hati atau permusuhan terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat Penyantun lagi Penyayang” [Surah Al-Hasyr, ayat 10].



Pengajaran Doa:

Doa ini sebenarnya diucapkan oleh orang-orang Islam di Kota Madinah ketika menerima penghijrahan orang-orang islam dari Kota Mekah. Akan tetapi lafaz dan maksud doa berbentuk umum. Ianya boleh diamalkan oleh umat islam sepanjang zaman.
     Pertama, kita memohon agar Allah mengampunkan dosa-dosa kita. Tidak sekadar itu, kita juga memohon Allah mengampunkan dosa-dosa sesama umat islam, sama ada yang kita kenali atau tidak, mahu pun dekat atau jauh.
        Kemudian, kita memohon kepada Allah agar jangan ada walaupun sekelumit dalam hati kita perasaan iri hati, dengki, membenci, bermusuhan atau apa-apa sikap buruk yang lain terhadap sesama umat islam. Ini penting kerana tidaklah umat islam saling bercakaran dan berpecah melainkan wujudnya sifat buruk di dalam hati mereka terhadap sesama umat islam. 
        Apabila kita mendoakan keampunan kepada sesama umat islam dan hati yang bersih terhadap mereka, secara tidak langsung kita akan menyemai benih kasih sayang, saling menghormati dan persatuan dalam diri kita sesama umat manusia. Doa yang penting ini amat baik jika dapat di baca secara kerap, seperti setiap hari selepas solat fardhu.