Sunday, September 23, 2012

jom makan vit-C..yeaahhh!!



Salam semua...^_^


Ha...hari ni i nk post psl vit-C plak...sekarang vit-c ni sangat2 popular okeh...lagi2 klau u all's tgk kat tenet ni expesially di FB mmg la terlalu la banyak okeh....i pon salah seorang user FByang terpengaruh dgn vi-C nie...as we know..vit-c ni bagus tuk badan..tuk kulit, lagi2 utk manusia-manusia yang ada alergi cami ni..that's y la i suke sgt dgn vit-c ni..tp sumber vi-c i ni daripada bahan2 semulajadi..i ni memang penggemar buah okeh lagi2 buah mangga & orange..memang sgt2 la sedap okeh....^_^




Okeh..now i nak story kt u alls pasal fungsi-fungi n benefit bila u all"s amalkan pengambilan vit-c ni..memang banyak la paedahnya tau..lagi2 bila u alls demam@ selsema..memang la en.doktor akan suruh u alls byk makan buah-buahan yang tinggi kandungan vit-c okeh....kalau i selsema i suka minum sunkies orange yang dalam kotak 2..sdap tu..hehe......

Fungsi Vitamin C yang paling terkenal ialah membantu pembentukan kolagen, iaitu 
bahan protein yang mencantum/mengikat sel-sel. Ia penting bagi pembaikan semula 

dan pertumbuhan 

tisu, sel, gusi, pembuluh darah, tulang dan gigi. Vitamin C mempercepatkan 

pemulihan luka, melecur dan gusi berdarah. Penyembuhan selepas pembedahan 

menjadi lebih cepat dan efektif dengan pengambilan Vitamin C yang tinggi.

Vitamin C juga merupakan antioksidan yang menolong mengeluarkan toksin dalam darah dan amat berkesan dalam mengurangkan tanda2 penuaan pramatang. Ia juga berperanan menghalang jangkitan, serangan virus dan bakteria serta mengurangkan kesan alergi. Bagi perokok, pengambilan Vitamin C membantu menghapuskan keracunan nikotin.



KEBAIKAN VITAMIN C: 


-Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri
-Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata
-Merawat penyakit kulit seperti bisul, ekzema, dermatitis, juga batuk serta demam selesema
-Membasmi bakteria jerawat dan merawat parut 
-Anti penuaan dan anti kedut
-Mengatasi masalah resdung dan alahan 
-Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mengekalkan kesihatan gusi & gigi 
-Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran, jangkitan serta meningkatkan imuniti
-Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis
-Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka dan pengeluaran hormon anti-stress
-Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi
-Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya
-Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas
-Membantu tubuh menyerap zat besi yang berlebihan, berguna dalam rawatan anemia
-Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah dan menurunkan paras kolesterol dalam darah
-Merawat jangkitan saluran kencing
-Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain





p/s: sharing is loving...
-jom la kita makan vit-c utk menjaga kesihatan yang mahal ni..^_^

Thursday, September 20, 2012

entry saje2 je ni...sekadar renungan je...^_^


Sebelum tido ni tetiba ternampak plak kata-kata kat gambar ni...jadi i rasa better i share kata-kata yang penuh makna ni kt my bolg...mana la tau berguna juga untuk u'alls...
bagi i kata-kata ni memang cukup bermakna dan sangat-sangat memotivasikan diri..

okeh la..ni just untuk renungan & ingatan kita semua yee....

Tidak semua yang kita nampak cantik itu indah...kadang-kala ianya hanyalah sekadar indah pada rupa saja..tapi dalamannya tidak semestinya sama apa yang kita harapkan...so...better we learn to accept apa yang dianugerahkan kepada kita & belajar menghargai apa yang kita miliki saat ini sebelum ianya pergi jauh meninggalkan kita.....^_^

Tetiba rasa rindu plak kt my beloved hubby..huhu..maklumlah PJJ kan...smoga kebahagian kami akan kekal selamanya....AMIN...


jadikan kekurangan yang ada sebagai pelengkap antara satu sama lain...nobody perfect okey..!!

Sunday, September 16, 2012

Kelebihan & Manfaat Minyak Kelapa Dara (VCO)

morning alls...

ari ni i nk kongsi cket story pasal kebaikan minyak kelapa dara ni...
i pon ad try...mmg ok la hasilnya....yang paling penting mmg badan kurang rasa penat n kalau selsema or demam memang cepat baik lah.. ^_^

ni kelapa...lom jadi minyak lagi..

Kebaikan & Khasiat Minyak Kelapa Dara (VCO) 
1. Mengurangkan kadar kolestrol dalam badan.

2. mengawal kencing manis -  for evryone yg ada kencing manis tu i rasa elok kalau u'alls try dlu...i rasa tak rugi kalau try coz VCO ni produk organic...produk alam semulajadi..xde pon campur bahan pape yang boleh diragui...hehe (amboi2 cik kak...promote produk ke??) adehh..
3. Mengatasi masalah penyakit degeneratif & masalah usia umur lanjut.
4. Tubuh lebih tahan serangan penyakit - ha...ni yang i cakap tadi...i da makan da VCO ni...alhamdulillah lau demam or selsema bdn cpt sihat...
5. Mendapatkan keanjalan dan kelembutan kulit - i tau...lau statment yang ni ladys2 mesti suka kan...maklumla sape la yang xcke lulit y cantik n gebus kan....^_^
6. Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelimumur hilang.
7. Terhindar  dari gejala alahan - coz minyak ni akan bertindak sebagai anti histanime...histamine tu ape??okeh..2 kita story nnt okeh..^_^
7. Mengelakkan risiko sakit kenser 
8. Keadaan berdengkur akan hilang - yang ni kalau sesape ada masalah tidur berdengkur better u try..mne la tau okeh kan...i mmg xde masalah tidur berdengkur ni..alhamdulillah...hehe






softgell vco...


okey la...ni la antara kebaikan2 & manfaat VCO ni...nak tau keberkesanannya..u'alls kna la try dlu...i promote benda baik je ni...but i'm not selling this product okeh..i just used this product...hehe

Saturday, September 15, 2012

yeahhh..jom KURUS!!!



wah...tajuk bukan men berkoba-koba nk kurus..tapi dalam kpala otak ni asek ingat mkn je...
uiii cik kak..camno la ekau nak kurus lau tiap2 masa asek pikir nak makan je...


waaa...sedapnye dessert ni...


tapi bila En. Hubby komen pasal badan da gemukss bukan men la ko g tarik muke...lepas tu mula la nk pasang niat nak berdiet sana diet sini...mula search2 produk2 slimming ni..tapi setakat usha2 je kot..nk try tkt  la plak..huhu...nak pose plak cket2 asek mengadu lapo memanjang...adoyaii...cam ni cane la ko nk kurus cik kak uiii...


cm bes je ABCni.lg2 tye panas...

ni dia tips diet y korang nak...amek ni..

Tips diet:

1. Betulkan niat - jangan hangat2 taik ayam je...
2. Tahan nafsu makan - bila orang makan kau pon sibuk amek pinggan & trus g makan..
3. Diet secara terkawal & terancang - makan la ikut time jagn makan ikut sesuka ati je..
4. Kosongkan peti ais korang - ni paling bagus..bila peti kosong jadi bila buka2 peti je..tadaaaa..apa pon tadak..puiihhh
5. Banyakkan minum air kosong - ni la yang paling bagus..banyakkan minum air kosong spya dpt melancarkan sistem pencernaan korang...



K la..takat ni je la tips diet kali ni..len kali i update lagi...yang ni pun xtentu lagi leh ikut..huhu..nyway gud luck n slamat menguruskan badan..huhu

jom la kt jadi vegi plak... T_T


lau cam ni..tiap2 hari makan salad buah pon sodap..tp mahal la pulak buah kt LD ni..huhu 

Friday, September 14, 2012

WARKAH UNTUK SUAMI


Ku titpkan warkah ini khas buat SUAMIKU ….

Semoga perhubungan kita sentiasa di redhai Ilahi…Biarlah jauh di mata, tapi akan sentiasa dekat di HATI untuk selama-lamanya…


************************************************************************                                             


Wahai lelaki,
 Fahamilah erti perkahwinan…
Perkahwinan menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah…
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah..


Perkahwinan…
mengajarkan makna kewajipan
bersama,
Isteri menjadi tanah,
Kamu langit penaungnya,
Isteri menjadi ladang tanaman,
Kamu pemagarnya,
Isteri ibarat ternakan,
Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu gurunya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuas-puasnya,
Saat Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang rusuk yang
bengkok,
berhati-hatilah meluruskannya…


Perkahwinan, menyadarkan Kamu perlunya IMAN DAN TAQWA,
Untuk belajar lebih SABAR DAN REDHA,
Kerana Kamu miliki isteri yang tidak sehebat mana,
Hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, menjadi solehah..
Kamu akan tersentak dari alpa, Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajhah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh……….

M3 & U..we are together 4 ever...^_^


23 Ogos 2012 (Khamis : 2.00pm)





Hari bersejarah dan hari paling bahagia apabila si Dara telah sah menjadi milik Si Teruna...

bersama family lelaki...


syukur alhamdulillah...akhir sah bergelar PUAN.. ^_^



amin...syukur dengan sekali lafaz...




macam main-main plak..huhu