Sunday, July 20, 2014

DETOX??

Apa itu detox?

Detox atau detoksifikasi merupakan suatu proses pembersihan tubuh dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sadarai telah masuk dan mengendap di dalam tubuh kita dalam jangka waktu yang lama.

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu organ hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox secara semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.


Sayur paling penting untuk proses detox :
Celery, Kobis ungu, Brokoli, salad, tomato, lobak
Buah paling penting untuk proses detox :
Epal hijau, nenas, pear, dan lemon/oren.


Makanan yang berwarna yang baik untuk organ dalaman :
Merah : Jantung dan usus kecil
Putih : Paru-paru dan usus besar,
Hijau : Hati, buah hempedu.
Kuning : Pankreas,perut (gastrik)
Hitam : Buah pinggang dan pundi kencing.


Tempoh masa detox?
Diet detox ini boleh dilakukan 2 hingga 3 hari berturut-turut. Bagi yang berminat untuk melakukan diet detox ini yang paling penting adalah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran (dan semestinya 2 bahan ini banyak fitokimia dan vitamin C). Kemudian anda perlu perbanyakkan makanan dari produk bijiran seperti fosforus dan laksatif. Anda juga harus kerap memakan kobis, brokoli dan sayur -sayuran yang banyak unsur sulfur (baik untuk detox hati tau!). Dan semua makanan ini perlu dimakan semasa diet detox.



Seperti yang kita tahu memang sukar sangat nak mengelak makanan yang mengujakan semasa bulan perayaan ni. Kalau tak makan, tuan rumah kecil hati pulak. Tetapi sebaiknya anda kurangkan kuantiti pengambilan gula, karbohidrat dan juga kafein.

ALL ABOUT "FEELING"~~~~

feeling????
apa itu feeling??
hurmmm....penatnya bila kt ni asik layan feeling je kan... rasa tak aman hidup...


marah, benci, sayang, rindu, kecewa, bahagia....
itu semua perasaan yang kita sering lalui..sering rasai...tapi... jika kita diberikan pilihan, perasaan apa yang akan kita pilih ye??
hurmmm...semestinya la prasaan yang baik2 je kan..happy, love, suke... tapi tak semua yang kt harapkan akan kt perolehi kan...kadag-ladang kt harapkan gembira sampai ke hujung tetapi ad juga derita yang menanti...
 tapi ak yakin...di setiap apa yang berlaku telah ditetapkan oleh Allah... aku percaya hanya Allah sahaja la sebaik-baik perancang... Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya...
Tidak semua yang kita suka baik untuk kita, dan tidak semua yang kt benci xbaik untuk kt...sebab itu la kadang kala apa yang kt inginkan Allah tidak berikan kerana Allah tahu apa yang terbaik buat kt dan Allah adalah sebaik-baik pencipta.


Cuma... apabila perasaan yang bercampur baur muncul, sukar untuk kt membuat keputusan dan bertindak dengan positif. Apa pun kita perlu bijak untuk menilai apa yang sebenar kt perlukan dalam hidup.

Waulahua'lam....