Wednesday, April 13, 2011

Pahit Manis Masam Masin Kehidupan.

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

Kebosanan membuat assgment menyebabkan otak aku ni rasa tertekan dan menyebabkan tangan aku rasa gatal untuk menaip perkara yang xde kaitan langsung dengan assignment ni...tapi ape salahnya..sekadar untuk menghilangkan tekanan coz asyik mengadap assigment..tu pon x siap-siap juga..hohoho



Meh kita cite sikit pasal kehidupan...jeng..jeng..jeng...

Kehidupan merupakan sesuatu yang indah yang berlaku dalam setiap diri manusia...sesiapa yang merasai hidup mesti akan merasai pahit manisnyanya kehidupan...dan inilah yang di namakan "REMPAH RATUS KEHIDUPAN". 

Dalam dunia ini, kita pasti akan bertemu dengan kepebagaian dari setiap aspek. Tidak kiralah sama ada aspek luaran mahupun dalam...dan sepanjang hidup kita, kita pasti akan bertemu dengan kepelbagaian sifat dan personaliti manusia. Apabila kita pergi ke sesuatu tempat, kita pasti akan berhadapan dengan perangai manusia yang pelbagai. mungkin ada yang bajet bagus...bajet alim..yang sopan santun..yang suke cakap lepas..bak kate orang mulut xde insurans..dan tidak kurang juga yang sentiasa bajet canti tak kira di mana-mana. Memang pelik ragam dan perangai manusia ni...tapi inilah yang kita namakan sebagai "PERSONALITI" dan apa yang penting kita juga akan dapati bahawa setiap manusia itu adalah "UNIK". 

Setiap individu memang tidak akan sama dengan individu lain walaupun mereka amerupakan kembar seiras yang di lahirkan dari perut yang sama. Apatah lagi kita sebagai manusia yang biasa, kembar pon tak de...lahir dari perut yang berasingan. Memang sukar untuk kita menerima perangai dan sikap seseorang individu..tetapi walaubagaimanapun, kita perlu juga mengadaptasikan tingkah laku dan perangai individu lain walaupun ianya sukar untuk di terima pada permulaannya..tetapi lama kelamaan kita pasti dapat menyesuaikan diri dengan individu lain yang berpersonaliti berbeza dengan kita...tapi kalau kita da cuba untk mengadaptasi tapi masih lagi tak berjaya..so better kita biarkan saja individu tersebut dengan sikap dan tingkah lakunya. 

Ini kerana setiap daripada tingkah laku dan personaliti yang terhasil adalah dipengaruhi oleh latar belakang keluarga individu tersebut, persekitaran, genetik dan budaya individu itu sendiri. Kita juga tidak seharusnya menyalahkan individu tersebut kerana tingkah laku dan personalitinya. Tetapi..seharusnya individu yang "berpersonaliti unik ini perlu menilai diri agar dirinya dapat di terima oleh orang lain. Walaupun persekitaran mereka yang menjadikan mereka sedemikian, mereka juga harus berusaha untuk mengubah personaliti tersebut kearah yang lebih positif dan tidak terlalu mengikut kepala mereka sahaja. Individu seperti ini seharusnya belajar untuk menerima teguran dan belajar untuk menyesuaian personaliti dan atingkah laku mereka dengan persekitaran agar orang yang berada di sekitar mere akan rasa lebih selesa apabila melakukan aktiviti bersama-sama. 

Akhir kata, kita perlu ingat dan sedar bahawa setiap individu di muka bumi ini mempunyai tingkah laku dan personaliti yang berbeza-beza...dan dengan adanya tingkah laku dan personaliti yang berbeza ini lah yang menjadikan setiap manusia di muka bumi ini "UNIK" . Seperti ayat lecture sy dlu.."MANUSIA ITU UNIK" dan ke"unikan itulah yang akan menceriakan kehidupan kita. 


P/S: Renung-renungkan & selamat menilai diri sendiri....n jangan asyik menilai orang lain...dan apabila kita menuding jari kearah orang lain..sedarlah bahawa 3 jari lagi menuding ke arah kita...(opssss..ade kene mengene ker???) hohoho

** jika ada kesalahan ejaan sila buat2 xtau jek..hoho..



~ Sharing Is Carring~ Peace No War~

No comments: